Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 2, 2011

Basic DSLR

SHUTTER


Shutter ni merupakan satu alat yang mengawal jumlah cahaya yang masuk dalam kamera korang. Kelajuan shutter (Shutter speed) untuk kamera DSLR ni biasanya boleh di tetapkan sendiri oleh pengguna, sama ada nak laju, ataupun lambat.

Untuk kelajuan shutter ni, ia diukur menggunakan indeks yang mempunyai nilai B,1,2,4,6,15,30,60,125,250,500,1000, dan 2000. Ini bermaksud jika kelajuan shutter korang set pada 1000, bermaksud shutter kamera korang membenarkan cahaya masuk cuma selama 1/1000 saat. Lagi besar jumlah yang ditentukan, lagi sekejap jumlah cahaya dibenarkan masuk. Makin kecil, makin banyak cahaya yang dibenarkan masuk.

Untuk ambil gambar yang pegun, bagi objek bergerak, korang kena set shutter korang pada kelajuan yang tinggi. Lagi tinggi shutter speed korang, lagi jelas gambar objek bergerak yang korang dapat tangkap. Tapi kena ingat, bila shutter speed laju, maka jumlah cahaya yang masuk pun sedikit. So, pada situasi ni kita kena pandai menggunakan ciri-ciri lain yang ada pada kamera DSLR (aperture, dan ISO) ini untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Untuk korang faham lagi beza gambar pada shutter speed yang tinggi atau rendah korang boleh tengok gambar yang aku sediakan di bawah ni k.


•Kiri : Shutter speed paling laju, di mana kipas yang tengah berpusing

nampak pegun (tidak bergerak)

Tengah :Shutter sederhana, kipas masih menampakkan bentuk, tapi kabur.

•Kanan : Shutter lambat: Kipas nampak kabur sepenuhnya


APERTURE

Aperture merupakan bukaan diafragma yang ada pada lens kamera DSLR korang. Bukaan lebar aperture di tentukan dengan jumlah F yang dinyatakan pada lens kamera korang. Lagi besar indeks aperture, lagi kecil bukaan diafragma lens korang. Jadi kesimpulannya, lagi besar bukaan diafragma, lagi banyak cahaya yang masuk.


Bagi yang mahir dengan kamera DSLR ni, aperture ni dorang gunakan untuk menentukan Depth Of Field (DOF) kualiti gambar yang bakal dihasilkan. Depth Of Field ni merupakan tahap kedalam sesuatu gambar yang korang nak. Untuk korang lagi paham dengan apa yang di maksudkan DOF ni, cuba korang tengok pada gambar yang aku tunjukkan kat bawah ni.


Untuk yang tak paham, depth of field ni nampak jelas bila korang ambil gambar secara zoom. Korang perasan tak, kalau cameraman yang pro, gambar yang dia zoom memang jelas, hingga selain gambar yang difokus, memang nampak blur je.



Tengok gambar yang di atas ni, gambar di atas dia gunakan aperture yang rendah, jadi DOF dia besar, so keseluruhan gambar akan nampak jelas, walaupun secara kasarnya cameraman tu memfokuskan pada bahagian tengah gambar tersebut. Gambar di bawah pula menggunakan aperture yang tinggi, so bila cameraman zoom bahagian tengah gambar tu, bahagian lain memang jadi kabur dan tak jelas.

Harap penerangan mengenai aperture pada bahagian kali dapat korang fahami. Rasanya ini yang penting mengenai aperture pada kamera DSLR ni. Kalau ada yang masih tak faham, tanya la k. Kalau tahu, aku jawab. Tapi kalau tak tahu, kita sama-sama cari penyelesaian. Aku pun baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni.

ISO

ISO ni sebenarnya aku masih tak berapa nak faham sangat. Tapi mungkin ada antara kita yang faham dengan lebih jelas. Tapi mengikut pemahaman aku, ISO ni mengenai tahap sensitiviti sensor cahaya pada kamera korang. Ok, kalau dulu kita guna kamera film kan. Zaman sekarang yang berteknologi ni, imej yang kita capture ni dikesan atas sensor cahaya ni. Lagi tinggi jumlah ISO, maka lagi sensitif sensor tu. Lagi sensitif sensor tu, maka lagi banyak cahaya yang di kesan.

Untuk lagi faham dengan lebih mudah mengenai 3 bahagian asas yang aku dah kongsi setakat ni (Shutter speed, aperture, ISO) anggap kamera korang ni macam mata korang.Pastu shutter speed sebagai kelopak mata (yang kelip-kelip tu), aperture sebagai iris mata yang (yagn kawal jumlah cahaya masuk) dan ISO ni sebagai retina (sensor cahaya pada mata manusia sebelum hantar ke otak). Dengan analogi macam ni, harap korang lagi faham sebab kalau nak di ikutkan, segala 3 bahagian asas ni semuanya berkaitan dengan cahaya, cuma fungsi yang berbeza. Agak pening nak faham.

Kena ingat, bila kita gunakan ISO yang tinggi, biasanya akan ada “noise” pada gambar yang ditangkap. Noise ni bintik-bintik hitam pada gambar dan kalau nak tengok noise ni kena la zoom gambar tu dulu. Kalau tak zoom, memang tak akan nampak sangat. Tapi rasanya tak semua orang kisah sangat pasal noise ni.